PENGALAMAN KENA SLIP DISC
AMARAN : ENTRY INI AGAK PANJANG, TAPIII MUNGKIN BERGUNA UNTUK ORANG YANG ALAMI SLIP DISC
Aku kena slip disc ni tahun lepas Februari 2018 waktu tu aku umur 31 tahun.
Sebelum cerita panjang lebar aku cerita la sikit perkara umum ataupun intro pasal sakit ni, Info ni aku search kat google jugak dan nanti kat bawah aku cerita pengalaman aku pulak…
SLIP DISC
Slipped disc pada tulang belakang juga dikenalpasti sebagai PID (prolapsed interverterbral disc). Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.
Sakit belakang boleh diklasifikasi kepada peringkat akut, kronik dan Berulang (recurrent). Sakit akut pada amnya terjadi selepas bersin, batuk kuat, mencangkung untuk lama, atau, apabila angkat sesuatu barang dari lantai (lebih lagi jika barang itu berat).
Sakit belakang yang di alami berpunca dari :
· Perubahan kepada disc
· Kecederaan otot
· Postur tidak betul
· Patah tulang belakang (jarang)
· Kelemahan otot stabiliti
Gejala-gejala Slipped dics
· sakit belakang
· sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
· Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)
Objektif Rawatan Fisioterapi
1. Untuk mengurangkan sakit
2. Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
3. Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
4. Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
5. Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit
Klasifikasi sakit
· Sakit belakang akut – Sakit yang di alami dalam tempoh 1 hari hingga 3 bulan
· Sakit belakang kronik – Sakit yang di alami melebihi 3 bulan
· Sakit belakang berulang (recurrent) – Sakit yang berulang dalam tempoh kurang dari 3 bulan
Komplikasi
Limitasi dalam aktiviti harian disebabkan sakit.
Pencegahan
· Pastikan postur yang betul dalam semua posisi semasa duduk, berdiri, baring atau semasa melakukan aktiviti seharian dengan mengambil kira pekara- pekara berikut :
Semasa baring
· Pilih tilam yang tegap (firm). Ini dapat menyokong tulang belakang dengan baik.
· Posisi yang dicadangkan : mengiring dan melenkung tubuh ke hadapan dengan bantal diantara dua lutut
Semasa berjalan
· Memakai kasut bertumit rendah yang selesa
Semasa duduk
· Menggunakan kerusi bersandar (back rest) yang boleh menyokong tulang belakang dengan baik
· Gunakan bantal kecil atau lumbar roll untuk menyokong bahagian belakang
Semasa berdiri
· Sekiranya berdiri terlalu lama, rehatkan satu kaki secara bergilir- gilir di atas bangku kecil yang rendah
· Gunakan teknik mengangkat / mengalih yang betul
· Lakukan senaman secara tetap
· Menjaga berat badan
· Amalkan kecergasan keseluruhan
(Sumber : incik google)
PENGALAMAN AKU KENA SLIP DISC
Antara symptom-simptom yang aku rasa waktu tu..
Aku susun ni ikut apa yang aku rasa dulu sebelum betul-betul aku di diagnosis oleh doctor yang aku memang kena slip disc.
a) ada rasa menyucuk kat belakang pinggang aku, lokasi yang tepat antara pinggang dan atas tulang bontot. Selalu rasa ni time aku duduk dan kemudian aku nak bangun, akan ada rasa macam satu batang besi or kayu tersesat yang menyucuk kat belakang aku tu. Bila dah bangun dan jalan sakit tu pun dah takda.
b) time aku bersin…Ya Allah time ni la yang paling sakit, aku sampai sanggup tahan bersin atau buat bagi tak jadi bersin sebabnya sakit yang teramat sangat macam sama level nak beranak aku rasa…sakit tu seolah pinggang dan seluruh tulang belakang aku digoncang direnyuk dihempuk di apa lagi ehh…macamtu la gambaran sakitnya time tu..
c) kebas kaki….time aku jadi kebas tu bukan la sebab aku berdiri lama ke banyak jalan ke apa, time aku duduk tu sambil nonton tv bagai tiba-tiba dia akan datang satu rasa kebas yang start dari betis dan menjalar sampai telapak kaki, kebas tu dia bukan yang biasa-biasa macam kita bersimpuh lama then akan datang semut-semut kat kaki tapi lepas kita picit dalam seminit dua hilang kan, tapi untuk sakit ni dia lama sikit dari tu....dalam 20 minit, setengah jam camtu akan rasa tu..dia datang berkala, bila kebas selalu aku akan jalan-jalan, suruh laki aku picit-picit pastu dia hilang…tapi lepas beberapa lama dalam sejam dua jap lagi dia mai balik rasa kebas tu…
Ok part yang last ni la yang buat aku takut dan terus buat keputusan untuk jumpa doctor. Mana tak takut kebanyakkan result google yang aku jumpa kata tanda kebas ni kemungkinan akan ada effect lumpuh kalau tak dirawat…..kau rase aku nak tunggu lagi…memang tak la, terus aku tunjuk kat laki aku pasal ni dan esok tu kami ke klinik swasta untuk sahkan dulu.
3 tanda kat atas tu jadi kat aku dalam masa 2 bulan.
Check up kat klinik swasta – Klinik Dr. Wan Zaudi, belakang Nasi Kandar Ali Jalan Pegawai Alor Setar. Bertentang dengan kedai perabot Ban Hoe.
Klinik ni boleh tahan ramai orangnya. Aku pi pagi ingatkan boleh cek terus rupanya giliran untuk pagi dah penuh so aku ambik nombor siap-siap untuk petang. Dah sampai nombor aku masuk dengan laki aku dalam bilik doctor tu.
Fisrt masuk doctor tu tanya aku sakit apa pastu aku pun cerita la sakit belakang bla blaa..kebas kaki bla blaa… pastu doctor suruh berdiri tunduk macam nak rukuk part ni aku memang tak boleh rapat dah bongkok tu sebab benda tajam macam menyucuk belakang aku, pastu doc suruh duduk atas kerusi then dia suruh aku luruskan kaki, dia pegang hujung kaki aku pastu tolak naik atas MAKKKKKKKK memang menjerit la sakit oiiiii part ni….dia buat sebelah lagi sekali lagi aku cakap cukup doctor…last yang dia cek, dia ambik kapas sikit then dia lalukan/gesel kat kaki aku start dari tapak kaki, setiap kali dia gesel kat kaki aku tu dia akan Tanya “rasa tak?” tak berasa woiii kapas tu kat kulit kaki aku, macam saraf aku dah takda sistem pengesan, time ni aku takut dah macam nak nangis pun ada tapi sebab malu kat doc tu aku tahan la… pastu doctor gesel pulak kat atas dari tumit aku tu pun macam takdak rasa sangat, lepastu naik kat atas betis sikit baru ada rasa…aku nak nangis sangat dah waktu ni ingatkan aku dah nak lumpuhh waaaaaa……
Dah siap check tu doctor pun bagi penjelasan..
Doktor : Orat kamu ni tersepit ni
Aku : Oowhh…takdak apa2 la ya doctor (dalam hati sakit urat je rupanya)
Aku : Lega la ingatkan slip disc ka apa
Doktor : Slip disc la tu, urat kamu tu dah kena tekan sebab tu kamu sakit.
So dapatlah la jugak keputusan aku ni memang betul slip disc.
Actually ni klinik ke 3 aku pi untuk cek masalah sakit belakang aku ni, yang 1st pi dia cakap aku kurang kalsium, klinik yang ke2 mintak aku refer dengan hospital sebab dia tak boleh nak sahkan, dia kata kena buat MRI.
Ok setakat ni dulu lah entry aku pasal symptom yang aku rasa sebelum aku dikesan ada slip disc ni, part aku pi jumpa doctor pakar dan buat MRI aku akan post di next entry ok.
dah pernah kena slip disc, taubat sakit.
BalasPadam